Saturday, August 29, 2009

Rehat kejap

Tropical Resort @ Sekayu merupakan salah satu destinasi penginapan yang amat sesuai bagi sesiapa yang inginkan kedamaian dan ketenangan. Bertemankan kicauan burung, bunyi-bunyian cengkerik, deruan aliran air terjun, suasana yang menggamit perasaan ini pastinya akan menjadi kenangan dan pengalaman yang sukar di lupakan oleh pengunjung. Kedudukannya bersebelahan dengan air terjun,tiada lagi kebingitan deruman enjin, kesesakan kota, Tropical Resort @ Sekayu pastinya menjanjikan suasana percutian dan penginapan yang amat diimpikan.

Hutan Lipur Air Terjun Sekayu memang menjadi salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Terengganu yang terletak di Hutan Simpan Hulu Terengganu. Tambahan pula kawasannya yang kaya dengan hutan dipterokarp seperti meranti, damar hitam, keruing dan juga lain-lain. Spesies flora dan fauna yang masih terpelihara di sini pastinya akan menggamit kedatangan sesiapa sahaja ke sini. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapatnya sebuah air terjun tiga peringkat yang cantik dan mempesonakan. Air sungainya yang jernih, dingin dan menyegarkan dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi, sangat sesuai untuk tujuan beristirahat dan berekreasi.

Pada hujung minggu dan cuti sekolah, pengunjung dapat menyaksikan ragam manusia berkelah dan mandi-manda di sepanjang kawasan sungai dan air terjun. Hutan lipur ini menyediakan kawasan perkhemahan yang lengkap dengan tempat memasak, kawasan unggun api, bekalan air dan elektrik. Sebuah denai hutan disediakan untuk pengunjung-pengunjung melihat kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liar. Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Hutan Lipur Sekayu, anda boleh menyewanya di beberapa buah chalet yang kami sediakan dengan kadar sewa yang berpatutan.

Layari http://www.tropicalresortsekayu.com/ utk maklumat lanjut

1 comment:

  1. lupa nak tulis. aku copy kata2 aluan manager tropical resort tu

    ReplyDelete