Thursday, August 27, 2009

Pengorbanan

Aku suka baca novel melayu. Dulu aku pernah pegi Pesta Buku kat PWTC n jumpa ah penulis novel terkenal Norhayati Berahim. Dia cakap kat aku tak ramai lelaki baca novel. So aku rasa bangga bukan sebab aku mat jiwang (kadang-kadang je dulu masa masyuk bercinta) tapi aku suka selami kisah orang. Tak kisahlah citer tu benar ke fiksyen ke aku suka baca.
Dalam banyak novel aku baca ada kisah pengorbanan. Banyak ah kisah2. Macam citer Diari Bonda oleh Rohani Din kisah tentang pengorbana seorang ibu cari rezeki utk sara suami dana nak yang sakit. Tapi aku tak sangka aku akan buat pengorbanan seperti tu.
Maybe orang rasa kecik je tapi aku berkorban demi anak yang demam panas tengah malam. Isnin baru ni sepatutnya aku balik penang so aku dah beli tiket kat Puduraya naik bas kul 11.30 malam. Tapi masa aku dalam bas sebelum bas gerak, wife aku call kata anak aku demam panas. Aku confuse nak balik ke tak. Last2 aku turun dari bas, tunggu teksi and balik rumah kat Kajang. sampai rumah tengok wife tengah lap badan anak so aku take over dari dia n mintak wife aku tido. Ya ah awal pagi esok dia nak masak sahur lak.
Nasib baik suhu badan anak aku maintain 37 aja malam tu even ada kala naik 38. Syukur dia tak apa2 n lega bila doktor cakap dia demam coz tonsil dia bengkak lagi. Actually anak aku bengkak tonsil so dia mudah demam.
Aku rasa pengorbanan aku berbaloi bila tengok anak lasak je main even badan dia panas. So aku harap sangat aku takkan berjauhan lagi dengan dia tahun depan.
Cukup ah dua tahun aku kat Penang ni. aku nak balik KL

No comments:

Post a Comment