Dah masuk 36 jam hujan tanpa henti di bumi Pulau Mutiara ni. Tapi nasib baik takde tempat yang banjir. kalu ikut perkiraan aku, hujan ni takkan datangkan banjir besar sebab baru 6 Ramadan. Biasa kalu 15hb Islam memang air laut pasang dan boleh sebabkan banjir.
Bila dah hujan tido pun best gak ni tapi apa nak buat kita kena keja gak kan. Hari ni aku pun basah kuyup datang opis. Takpe ah biar lambat sikit asal aku sampai dengan selamat kat opis.
Tapi malam tadi masa balik dalam hujan gak, aku bengang betul dgn pemandu kereta yang BANGANG. Suka hati mak bapak jiran sebelah umah kakak ipar dia je main buang2 botol tengah jalan masa drive. nasib baik aku tak tergolek. Kalu tergolek, aku nak mintak tolong sapa pukul 2 pagi tu. nak harap ambulan kat Penang ni mau sampai sahur tak sampai2 lagi...tu nasib baik sampai sahur, biasa tunggu berbuka hari ni baru diorg sampai. tu pun lepas makan karipap n murtabak pastu layan air tebu dulu.
Ok ah aku nak g solat Jumaat n beli tiket bas balik KL. nak amik anak n wife htr balik kampung pg esok n aku g keja lagi esok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment